fbpx
TERRY dan Mag terkejut dengan harga makanan di Singapura. - Foto TravelwithTerryp/TikTok/TravelwithMag/TikTok

Pelancong AS sifatkan harga makanan di Singapura terlalu mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Sepasang pelancong asing meluahkan rasa terkejut terhadap harga makanan di Singapura yang disifatkan sangat mahal, selain turut menggambarkan bahawa negara itu bukan untuk orang miskin, lapor portal berita VnExpress kelmarin.

Pencipta kandungan Amerika Syarikat (AS), Terry Pernell bersama pasangannya Mag, melawat Singapura selepas hampir dua bulan mengembara di Malaysia dan Bali, lapor portal berita The New Paper.

Pada 11 September lalu, Pernell memuat naik video dari Pusat Makanan Newton Food dengan kapsyen berbunyi: “Singapura buat saya terpaksa bayar AS$35 (RM147) untuk makanan, sedangkan di Malaysia suasananya sama dengan harga separuh lebih murah. Anda pilih yang mana?”

Pasangan itu memesan 10 cucuk sate, daging lembu goreng dan sepinggan besar nasi goreng telur dengan jumlah bayaran sekitar AS$35, lapor portal berita Asia One.

Mag yang juga merupakan pempengaruh media sosial menulis bahawa Singapura bukan untuk orang miskin.

“Bagi pelancong yang ingin melawat, bawa semua duit anda, jangan tinggalkan walaupun sedikit di rumah,” kata Pernell.

Apabila diminta memilih antara makanan Malaysia dengan Singapura, Pernell menjawab bahawa dia lebih suka makanan Malaysia. 

Sebelum ini, seorang pelancong dari China menyatakan bahawa dia tidak akan kembali ke Singapura kerana harga yang mahal dan kualiti makanan yang dianggap mengecewakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI