fbpx
ALEX menggunakan jentera musim lalu pada saingan kali ini, namun mampu memberikan cabaran buat abangnya, Marc. - AFP

MotoGP: Ducati beri Marquez ‘hadiah’ prestasi cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MISANO – Prestasi cemerlang dipamerkan pelumba Gresini Racing, Alex Marquez pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini membawa tuah apabila bakal menerima jentera Ducati dengan spesifikasi ‘kilang’ bagi kempen 2026.

Meskipun menggunakan jentera Desmosedici GP24 pada saingan musim ini, namun dia masih mampu untuk memberikan saingan kepada abangnya, Marc Marquez dari pasukan Ducati dalam perebutan kejuaraan dunia.

Alex yang berpeluang menjadi naib juara bagi kempen 2025 menyuarakan rasa gembira apabila diberikan penghormatan bagi menggunakan jentera ‘kilang’ pasukan dari Itali itu pada saingan musim depan.

“Satu penghormatan kerana berpeluang untuk berlumba menggunakan jentera ‘kilang’ bersama pasukan Gresini. Pasukan sudah bekerja keras dalam beberapa musim dan ini adalah hadiah untuk seluruh pasukan.

“Bagi saya, ini adalah salah satu langkah untuk mencapai cita-cita dan menampilkan aksi lebih baik pada musim depan. Terima kasih kepada Ducati kerana membuatkan saya sangat dihargai,” katanya.

Sementara itu, pengurus besar Ducati Corse, Gigi Dall’Igna berkata, Alex layak untuk mengendalikan jentera terbaik pada musim depan selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang saingan musim ini.

“Alex Marquez sudah mengharungi musim yang cukup cemerlang. Selepas melakukan beberapa penilaian, Ducati Corse bersetuju untuk memberikan dia jentera ‘kilang’ supaya terus berkembang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI