fbpx
SELANGOR berpeluang untuk menebus kekalahan ketika aksi menentang Bangkok United apabila bakal berdepan Kuching City.

Liga Super: Misi Selangor FC elak aib berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA jalan pintas buat Selangor FC untuk mengembalikan maruah dan kini perlu segera mempamer kebangkitan pada aksi Liga Super menentang Kuching City di Stadium Negeri, petang ini.

Pengendali Gergasi Merah, Katsuhito Kinoshi menjelaskan tiada lagi kesilapan taktikal boleh berulang bagi menjadikan pasukannya sebagai ‘kelab normal’ setaraf dengan reputasi pasukan sebagai kelab pencabar kejuaraan.

“Kami perlu berikan lebih fokus kepada (perbaiki) kesilapan taktikal dan kami perlu ubah minda kami untuk hadapi perlawanan seterusnya. Kami kena mencari masalah dan jadi lebih baik.

“Saya akan berbincang dengan pemain dan pastikan mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Perlawanan selepas ini pastinya berbeza, begitu juga dengan cabaran seterusnya,” katanya.

Bagaimanapun jurulatih dari Jepun itu pastinya sedar istilah berputus asa tidak boleh wujud dalam diri pemain sebaliknya harus kekal bermotivasi kerana The Cats sudah terbukti mampu menjadi lawan yang sukar buat Selangor FC.

Empat pertemuan terakhir kedua-dua pasukan akan kekal menjadi panduan buat Kinoshi apabila kelab dari Sarawak itu merekodkan dua kemenangan, masing-masing pada aksi pertama suku akhir Piala FA dan Liga Super musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI