fbpx
SYED SYAFIQ (kanan) masih berupaya menghasilkan empat jaringan walaupun beraksi dalam keadaan jari patah sepanjang saingan Piala Asia 2025. - MHC

Korban jari patah demi Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BINTANG skuad hoki kebangsaan, Syed Syafiq Syed Cholan membuktikan semangat luar biasa apabila mendedahkan tetap beraksi dalam keadaan kesakitan patah jari tangan kiri sepanjang kempen Piala Asia 2025 di Rajgir, India baru-baru ini.

Tonggak pertahanan itu mengakui kesakitan yang dialami sejak aksi pertama menentang Korea Selatan cukup menyakitkan hingga sukar untuk menggenggam kayu hoki, namun semangat untuk membantu Speedy Tigers memburu podium mengatasi segalanya.

“Dalam peringkat kumpulan memang kesakitan tak boleh nak cakap. Sakit sangat nak pegang kayu pun susah. Tapi berbekalkan semangat yang kuat, saya balut dan terus main juga,” jelas pemain dari Perak berusia 30 tahun itu.

Syafiq berkata, motivasi terbesar adalah keinginan untuk mengelak episod kekecewaan selepas skuad negara gagal menamatkan kempen dengan podium dalam empat kejohanan terdahulu.

“Sebelum ini kita banyak kali terlepas peluang podium. Jadi kali ini sasaran memang nak ke final dan saya percaya pasukan mampu. Bila akhirnya dapat podium pertama selepas setahun lebih, kepuasan itu memang berbeza,” jelasnya.

Dalam masa sama, Syed Syafiq mendedahkan, dia masih berasa kecewa kerana melepaskan peluang terbaik ke pentas final disebabkan kekalahan separuh akhir kepada Korea Selatan biarpun ketika itu sedang mendahului 3-1 sebelum tewas 3-4.

“Rasa kecewa tetap ada sebab kita lepaskan peluang yang sudah di depan mata. Dari kedudukan 3-1, kita boleh tumbang 3-4. Itu pengajaran berharga untuk pemain supaya jangan leka selagi perlawanan belum tamat,” tambah pakar flik TNB itu.

Bagaimanapun, penamat tempat ketiga tetap dianggap titik kebangkitan penting buat skuad negara, lebih-lebih lagi ia podium pertama di bawah kendalian Sarjit Singh.

“Apa pun, dapat kembali ke podium selepas sekian lama memang menggembirakan. Selepas ini, setiap kali masuk kejohanan, kita mahu rasa podium itu lagi kerana perbezaannya memang besar berbanding sekadar main untuk tempat 5-8,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN