GEORGE TOWN – Pengguna di negeri ini dinasihati supaya berhati-hati ekoran berlaku mendapan jalan di Jalan Burma di sini, hari ini sehingga membentuk satu lubang besar.
Kejadian itu menyebabkan kedua-dua arah laluan dari Jalan Penang (dari arah Komtar dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang) ke Jalan Burma ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pembaikan segera.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan, anggota warden trafik bersama polis trafik ditempatkan di lokasi bagi mengawal aliran lalu lintas.
“Bagi melancarkan pergerakan, semua kenderaan dari Jalan Penang dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dilakukan,” katanya di sini, hari ini.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan. -KOSMO! ONLINE