fbpx
ARSENAL perlu membuktikan keinginan mereka menjulang gelaran EPL musim ini memastikan kemenangan menentang pasukan handalan seperti City. - FB ARSENAL

EPL: Tugas Arsenal ringkas, mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menganggap tugas pemainnya berdepan Manchester City malam ini di Emirates cukup ringkas apabila mereka perlu turun dan memenangi perlawanan.

Arsenal tidak boleh tercicir mata sekiranya mahu terus mencabar Liverpool apabila mereka ketinggalan tiga mata selepas aksi kedua-dua pasukan berakhir dengan kemenangan kepada seteru mereka itu.

Selain itu, Arsenal juga perlu membuktikan mereka layak untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini ketika berdepan City yang dianggap salah satu kelab yang berpeluang untuk memenanginya.

“Apabila kami mampu memenangi perlawanan seperti ini, ia akan memberikan keyakinan bahawa kami mampu untuk menang dalam perlawanan lain.

“Perasaan saya ketika ini adalah mengenai keyakinan bahawa kami mampu untuk turun aksi kali ini dan memenangi perlawanan. Itu sahaja,” katanya.

Arteta juga mengakui beliau sudah memiliki formula untuk menyekat kemampuan City menghasilkan jaringan ketika penggempur pasukan itu, Erling Haaland ketika ini berada pada prestasi terbaik.

“Anda perlu turun dan memberikan aksi yang paling sempurna terutama di benteng pertahanan untuk menyekat Haaland. Dia adalah pemain yang tidak memerlukan ruang besar dan masa yang banyak untuk menghasilkan jaringan terutama dalam kotak penalti.

“Selain daripada merantai kemas pergerakannya, kami juga sudah mempunyai cara terbaik untuk menyekat Haaland. Kami perlu menghalang peluang pemain lain untuk melakukan hantaran kepada Haaland dan itu yang perlu kami lakukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Arteta juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali menurunkan khidmat dua pemain tonggaknya, Bukayo Saka dan Martin Odegaard yang sebelum ini dilapor berdepan masalah kecederaan.

Saka terlepas dua aksi selepas dikeluarkan ketika Arsenal menewaskan Leeds, manakala Odgaard juga tidak dapat beraksi dalam tiga perlawanan ekoran kecederaan bahu berulang yang dialaminya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN