fbpx
Siti Shawanaa memegang anaknya, Ainulmardhiah berusia dua tahun yang menghidap kanser tahap empat.

Disangka patah kaki, rupanya hidap kanser tahap 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Sepasang suami isteri dari Kampung Bukit Genting di sini diuji apabila anak mereka, Ainulmardhiah Mohd. Hasnizan yang berusia dua tahun menghidap kanser neuroblastoma tahap empat.

Siti Shawanaa Adnan, 39, berkata, dia dan suaminya, Mohd. Hasnizan Baharin, 45, tidak tidur lena memikirkan penderitaan dialami anak ke­dua mereka yang semakin susut berat badan dan kerap mena­ngis.

Pasangan itu juga memerlukan RM232,560 untuk kos ra­watan anak mereka di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur.

“Mana mampu kami nak cari wang sebanyak itu sedangkan suami bekerja sebagai buruh ladang sawit dan pemotong rumput dengan pendapatan hanya cukup-cukup makan.

“Penyakit anak saya boleh dirawat dengan ubat Dinutuximab Beta (20ml/4.5ml) Brand: Qarziba yang dibekalkan dari negara Eropah. Harganya mahal dan rawatan ini tidak ditanggung oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Siti Shawanaa, ubat itu dikatakan dapat membantu mengu­rangkan risiko kanser daripada berulang.

Cerita wanita itu, penyakit Ainulmardhiah mula dikesan pada 9 Ogos 2024 ketika anak­nya terjatuh sewaktu mandi di bilik air. Sejak itu kanak-kanak itu mula berjalan tempang.

“Saya ingat kakinya patah jadi kami bawa ke Hospital Jeran­tut. Oleh kerana tiada pakar di sana, Ainulmardhiah dihantar ke Hospital Sultan Haji Shah Temerloh. Pemeriksaan mendapati ada kesan bintik dan doktor beritahu ada dua kemungkinan sama ada jangkitan kuman atau kanser.

“Anak kami seorang yang periang, akhirnya dia disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap empat. Dia kerap menangis dan perutnya buncit.

“Penyakit yang mula dikesan di bahagian kaki itu kini mula merebak ke telinga,” katanya.

Siti Shawanaa berkata, harapan disandarkan kepada orang ramai termasuk dermawan bagi membeli ubat tersebut. Orang ramai boleh menghubungi Siti Shawanaa di talian 017-9852497 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0610541100056393.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI