TRENTON, NEW JERSEY – Seekor beruang hitam ditembak mati oleh pasukan polis selepas menceroboh sebuah kedai dan menyerang seorang warga emas di Vernon, negeri New Jersey, lapor akhbar New York Post semalam.
Dalam kejadian di kedai harga murah, Dollar General pada Selasa minggu lalu, seorang wanita berusia 90 tahun cedera akibat digigit pada kaki oleh haiwan tersebut.
Beruang itu kemudian masuk ke kedai Dollar General dan mundar-mandir di dalam premis berkenaan sambil dihalau seorang lelaki bernama Clarkin.
“Hai, kawan! Anda sangat besar. Di mana pula pintu (kedai)?” kata Clarkin sambil merakam video situasi tersebut.
Pasukan polis kemudian cuba menghalau beruang itu ke kawasan hutan menggunakan peluru getah, namun haiwan tersebut kembali ke kedai, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menembaknya.
“Saya menangis sejurus mendapat tahu bahawa beruang itu ditembak mati. Apabila ditanya kepada polis, mereka memberitahu terpaksa menembak beruang itu,” kata pemilik sebuah kedai berdekatan, Christine Flohr.
Bahagian Ikan dan Hidupan Liar Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey sedang menyiasat kejadian itu. – AGENSI