PADAWAN – Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berusia 21 tahun mati lemas ketika mandi di air terjun di Kampung Giam, hari ini.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam kira-kira pukul 12.06 tengah hari.
“Mangsa dibawa keluar daripada kawasan kejadian oleh orang awam dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE