fbpx
Hantaran sinis KPDN Melaka di Facebook.

Air mineral RM10 nuget RM5 sebatang, KPDN Melaka bagi ‘warning’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Melaka telah memberi amaran kepada penjaja yang menjalankan perniagaan di kawasan replika Kapal perang Portugis, Flor de la Mar.

Dalam hantaran di media sosial Facebook, tanpa menyatakan secara terus, KPDN Melaka secara sinis menegur dan kemungkinan bakal diadakan pemeriksaan ke kawasan tersebut.

“Cantik kapal ni, warna ‘purple’ pulak tu. Tapi haus lah. Katanya ada benda viral kat sini,” tulis kementerian tersebut.

Difahamkan, penjaja di kawasan tersebut telah tular mengenakan harga makanan dan minuman tinggi kepada pengunjung yang hadir ke negeri tersebut.

Sebelum ini, turut tular harga makanan dan minuman yang tidak masuk akal apabila sebotol air mineral dan tin berharga RM10, malah nuget turut dijual RM5 secucuk.

Rata-rata orang ramai bersetuju dengan keputusan agensi tersebut dan turut menceritakan pengalaman mereka ketika berkunjung ke sana.

“Aku pernah kena, yang cucuk nuget bagai tu sebatang RM5, kau rasa? Nak tak nak kena beli la sebab anak dah mengamuk.

“Aku bising-bising, suami cakap biasa la sebab ada pelancong asing. Habis kami ni muka macam orang Korea Utara ke?” soal Myraa Razani.

“Jangan biarkan peniaga rosakkan imej pelancongan Melaka. KPDN mesti tegas, jangan tunggu dah jadi macam di Indonesia dan pulau negeri utara baru kita nak mengeluh apabila kunjungan jatuh mendadak akibat isu-isu sebegini,” kata Farihan MN. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN