fbpx
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di Jalan Transfer, George Town, pagi tadi.

21 motosikal hangus, bengkel terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sebanyak 21 buah motosikal dilaporkan hangus dalam kejadian kebakaran melibatkan dua unit kedai dua tingkat termasuk sebuah bengkel motosikal di Jalan Transfer di sini, pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku turut memusnahkan sebuah kedai runcit yang terletak bsersebelahan dengan bengkel terbabit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.20 pagi .

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bersama bantuan BBP Bagan Jermal, BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru.

“Anggaran peratusan kebakaran bengkel motosikal adalah sebanyak 70 peratus manakala kedai runcit kira-kira 40 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera.

“Kebakaran turut memusnahkan sebanyak 21 buah motosikal yang berada di dalam bengkel dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus,” katanya di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI