fbpx
Tiga lelaki termasuk seorang jurujual kereta direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes samun berjumlah lebih RM60,000.

Tipu kena samun lepas joli wang pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Tiga lelaki termasuk seorang jurujual kereta direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes samun berjumlah lebih RM60,000 di Jalan Kampung Gajah, di sini Rabu lalu.

Perintah reman sehingga 23 September terhadap ketiga-tiga lelaki itu dikeluarkan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal di Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam hari ini.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek tiba di pekarangan mahkamah pukul 9.35 pagi dengan diiringi pihak polis.

Difahamkan, jurujual yang juga suspek utama berusia 42 tahun itu membuat laporan kononnya dia telah disamun dua penunggang motosikal sehingga kerugian lebih RM60,000.

Bagaimanapun, hasil siasatan susulan tangkapan dua lelaki di Sungai Petani, Kedah semalam, membongkar bahawa pengadu sendiri mengupah mereka dengan bayaran RM3,000 untuk melakukan samun terbabit.

Kedua-dua suspek berusia 33 dan 38 tahun itu mengaku terlibat dalam komplot tersebut, namun mendakwa sehingga kini mereka masih belum menerima bayaran dijanjikan.

Siasatan lanjut juga mendapati, suspek utama itu mengaku telah membelanjakan wang milik pelanggannya bagi kegunaan peribadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN