fbpx
Zuliana memberikan minuman susu khas kepada suaminya, Abdul Khizad ketika ditemui di Taman Orked, Kluang kelmarin.

Tengah rehat tiba-tiba kena strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang wanita tabah menjaga suaminya yang tiba-tiba diserang strok hingga menyebabkannya terpaksa berhenti kerja dan kini hilang punca pendapatan untuk menyambung kehidupan.

Zuliana Mohamad, 52, berkata, suaminya, Abdul Khizad Abdul Yazid, 54, rebah ketika berehat di rumah akibat diserang strok pada bahagian otak hingga semua tubuh badannya lumpuh pada Jun lalu.

Katanya, dia tergamam kerana orang yang diharapkan selama ini untuk mencari rezeki kita tidak boleh membuat sebarang pekerjaan dan hanya terlantar di atas katil.

“Kami hanya bergantung harap pada anak bongsu untuk menyara kehidupan harian. Saya pula terpaksa berhenti kerja kilang kerana perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada suami.

“Dia sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum berhenti dan mengambil upah sebagai tukang rumah dengan pendapatan tidak menentu mengikut tempahan orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Orked di sini kelmarin.

Zuliana ditemui ketika mene­rima kunjungan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah di sini.

Menurut Zuliana, beban hidup mereka sedikit ringan apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial yang tampil menyalurkan bantuan lampin pakai buang, susu khas serta katil boleh laras.

Tambahnya, apa yang menjadi beban keluarga ketika ini adalah kos untuk menampung per­belanjaan membawa suaminya ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK) kerana perlu menyewa sebuah ambulan swasta dengan bayaran RM300 untuk perjalanan pergi dan balik.

“Ujarnya, dalam tempoh terdekat ini, suaminya perlu dirujuk ke HEBHK untuk temu janji dan pemeriksaan susulan bagi pengesahan keilatannya,” katanya.

Ujar Zuliana, dia berharap semua urusan ini dapat berjalan lancar bagi memudahkan urusan suami memperolehi pencen ilat dan seterusnya dapat digunakan untuk kos perubatannya pada masa-masa akan datang.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga boleh menghubungi talian Zuliana di talian 018-409 4543 atau salurkan sumbangan ke akaunnya di 10104400490857 (RHB Bank).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN