fbpx
Noor Hisam.

Tayar ditembak, suspek kes pecah rumah lari 60km diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Manjung selepas mengejar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz sejauh lebih 60 kilometer (km), hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah terserempak kenderaan dipandu suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pahang, Tapah.

Difahamkan, suspek enggan memberhentikan kenderaan dan memecut melalui Plaza Tol Tapah menghala ke Kuala Lumpur untuk melarikan diri.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kenderaan suspek dikejar sehingga ke Hentian Sebelah Behrang dan pihaknya terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebelum berjaya memberkas suspek.

“Pemeriksaan menjumpai pelbagai peralatan untuk pecah rumah termasuk vest ‘polis’ dalam kenderaan dipandu lelaki berusia 35 tahun itu,” katanya ketika ditemui pada Program Terpaling Pahlawan Menara Condong Unity Challenge 2025 di Padang Speedy, di sini hari ini.

Noor Hisam memberitahu, siasatan awal mendapati suspek dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan kes dirujuk kembali ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan kenderaan dinaiki anggota polis mengejar sebelum menahan kenderaan dinaiki penjenayah di Hentian Sebelah Behrang arah selatan dekat Tanjung Malim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN