fbpx
Mohd. Nai'im (kanan) mendengar taklimat daripada petugas perubatan pada Karnival Keluarga Sejahtera di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam hari ini.

RUU Mufti tidak ditarik balik, terus diperkasa elak kekeliruan masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sesi libat urus Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 masih berjalan dan diperhebatkan penerangannya kepada pemegang taruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, RUU tersebut secara dasarnya tidak pernah ditarik balik sebaliknya akan dibentang semula pada suatu waktu yang sesuai.

Katanya, beliau telah mengarahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil dan rakan-rakan di Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi mempergiatkan usaha-usaha berkenaan.

“Buat masa ini, kita ingin memperhebat dan memperluaskan usaha libat urus tersebut supaya lebih ramai akan faham tentang objektif pembentangan dan penggubalan RUU tersebut.

“Apa yang pasti RUU kita tidak tarik atau dibatalkan. Perkara yang penting untuk memberi pemahaman bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul (akibat ketidakfahaman),” katanya kepada pemberita pada Karnival Keluarga Sejahtera di Klinik Ajwa Seksyen 7 di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan perbahasan untuk meluluskan RUU berkenaan ditangguhkan buat kali keempat sejak RUU itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Julai tahun lepas.

RUU itu bertujuan bertujuan mengadakan peruntukan mengenai mufti, penentuan mengenai hukum dan doktrin syarak serta perkara berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI