fbpx
Ramanan ketika ditemui pemberita selepas program pembudayaan koperasi dan Usahawan Selangor hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Pas terdesak ikut arus politik Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Visi Malaysia Madani yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan berjaya apabila parti politik seperti Pas kini mengubah pendekatan memberi tumpuan kepada semua kaum termasuk India.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R. Ramanan berkata, ini berikutan pendekatan Madani yang inklusif tanpa mengabaikan mana-mana kaum atau golongan dipinggirkan.

“Ini adalah salah satu sebab utama kita boleh lihat sekarang Pas yang tak pernah sebut pasal komuniti atau mendekati kaum India kini telah berubah pendekatannya.

“Masa saya kecil dulu, saya dengar dia cakap pasal hudud. Sekarang sudah berhenti cakap pasal hudud, dan mula cakap kita kena jaga komuniti India.

“Kita nak cari rakan daripada parti-parti pimpinan komuniti India. Kenapa? Sebab ini adalah kekuatan madani. Madani is for all. Ia merupakan visi untuk menunjukkan semua golongan kaum bersatu padu termasuk Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan Iban,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendekatan Pas yang semakin berubah termasuk mendekati kaum India selain pemimpin pas yang bersetuju tidak menggunakan perkataan ‘kafir’ yang boleh menyinggung kaum bukan Islam.

Tegas Ramanan, mana-mana parti politik yang mahu kekal relevan dalam landskap politik negara perlu mengamalkan politik Madani yang berteraskan perpaduan.

“Kalau tak ikut arus ini, mereka akan ketinggalan dan Pas pun kena ikut sekarang. Suka tak suka.

“(Adakah tindakan terdesak Pas) Saya fikir memang terdesak sebab buat masa ini memang kalau kita lihat, ada banyak isu yang berlaku di dalam atmosfera politik. Tetapi, bagi saya, kalau kita lihat, banyak yang Pas tengah cari sekarang termasuk rakan-rakan India,” jelasnya.

Mengulas kemungkinan ia ada kaitan dengan kenyataan Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran yang sebelum ini tidak menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tak mahu komen pasal mana-mana yang menunjukkan spesifik. Tetapi, terbuktilah apa yang saya kata. Di mana sekarang kalau kita tengok, bukan ahli parlimen yang melompat.

“Bukan mana-mana seorang pihak yang melompat. Sekarang sudah jadi parti pula nak melompat. Itu situasinya. Terbukti bahawa visi Madani berjaya dan rakyat mahukan pendekatan sebegini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN