fbpx
PEMAIN PDRM FC, Imran Samso (no. 27) meraikan kejayaannya meledak gol ketiga untuk tewaskan KTRW FC 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

Liga Super: PDRM FC ‘tembak’ KTRW FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAYANG – Keceriaan Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) layak ke suku akhir Piala FA sedikit terjejas apabila tewas 1-3 kepada PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Tiga mata sulung itu nyata cukup penting buat The Cops untuk melunaskan misi perbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

Paling utama, ia juga menjadi petanda kebangkitan buat The Cops yang turut meraih kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi kedua pusingan 16 Piala FA, 12 September lalu.

Henri Dumbia wajar mendapat kredit memandangkan bintang import dari Ivory Coast itu meledak dua gol buat PDRM FC dalam tempoh lapan minit, masing-masing pada minit ke-27 dan 35.

Bagaimanapun, minit terakhir babak pertama menyaksikan KTRW FC kembali merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti Ifedayo Olusegun.

Bersambung babak kedua, Mohamad Imran Samso meledak gol ketiga PDRM FC pada minit ke-55 sekaligus membolehkan PDRM FC meraih kemenangan di laman sendiri.

Walaupun dilihat mula menggandakan asakan, hasrat KTRW FC untuk mendapatkan tambahan gol tidak berhasil sekali gus mengesahkan tiga mata buat PDRM FC. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN