fbpx
Anthony pada perasmian Pusat Dialisis Perkeso Cawangan Seberang Jaya dan Penyerahan Tajaan Lindung Kendiri hari ini.

Kementerian Pengangkutan mohon Jemaah Menteri sambung pajakan kilang gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pengangkutan akan memohon kelulusan Jemaah Menteri bagi melanjutkan tempoh pajakan tanah kilang penapisan gula MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM Prai) di sini, selama 10 tahun lagi.

Menterinya, Anthony Loke berkata, tempoh pajakan kilang yang terletak di Kampung Manis itu sebenarnya telahpun tamat pada 30 November lalu.

Katanya, kilang itu tidak akan diminta berpindah serta merta dan akan diberikan masa bagi melaksanakan proses pemindahan ke lokasi lain.

“Jadi, perkara ini akan saya bawa kepada Jemaah Menteri untuk mendapat satu keputusan untuk disambung pajakan 10 tahun,” katanya selepas menghadiri perasmian Pusat Dialisis Perkeso Cawangan Seberang Jaya dan Penyerahan Tajaan Lindung Kendiri di sini hari ini.

Sebelum ini Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memohon agar tempoh pajakan tanah kilang terbabit dilanjutkan sehingga 30 tahun lagi bagi menjamin keterjaminan makanan negara khususnya bekalan gula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI