fbpx
Sebahagian anggota bomba yang terlibat dalam operasi pembersihan sisa gas butana di Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman hari ini.

Kawasan kebocoran paip gas Kerteh dikecilkan 500 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Kawasan yang terjejas gas butana ekoran kebocoran paip di tapak projek Seksyen 5, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Kerteh, Kemaman berjaya dikecilkan kepada 500 meter (m).

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, sebelum ini, kawasan yang terjejas dikenal pasti seluas kira-kira 2.5 kilometer (km).

“Seramai 10 anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) JBPM ditempatkan di lokasi tersebut.

“Mereka sedang melaksanakan kerja-kerja pencairan bahan (gas butana) dan menyahlupus baki gas di dalam paip,” katanya ketika ditemui di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur di sini malam ini.

Nor Hisham berkata, kawasan terjejas akan diserahkan kepada operator berkenaan setelah keseluruhan gas butana yang berada di dalam paip berjaya dinyahkan.

Katanya, kebimbangan utama ialah pengumpulan gas butana mudah terbakar sekiranya terdedah di udara.

Terdahulu, laluan dari Kerteh ke Kampung Ranggon, Kemaman terpaksa ditutup sementara kepada semua kenderaan susulan insiden kebocoran paip gas di tapak projek Seksyen 5,
ECRL di Kampung Chabang pada pukul 9.53 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN