fbpx
PRESIDEN Pahang Rangers, Tengku Fahad Mua'adzam

Giliran peminat futsal serlahkan suara Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Sokongan padu Ultras Malaya sering mendapat perhatian setiap kali Harimau Malaya turun beraksi dan kini giliran peminat futsal membuktikan Malaysia memiliki kelompok penyokong yang terbaik.

Presiden Pahang Rangers, Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Ahmad Shah menyeru peminat futsal negara membanjiri Stadium Tertutup SUKPA di Kuantan bagi memberikan sokongan kepada skuad negara pada kempen kelayakan Piala Asia Futsal 2026.

“Apabila kita dapat menganjurkan pertandingan bertaraf antarabangsa, ia hadir bersama penghargaan dan pengiktirafan. Ia tidak sekadar mengukuhkan status SUKPA sebagai venue futsal terulung dan mengetengahkan Kuantan sebagai hub sukan, tetapi lebih dari itu menunjukkan kepada dunia suara Malaysia.

“Mesej saya kepada penyokong Pahang, datang tunjukkan semangat, keghairahan dan tunjukkan betapa kuatnya suara anda. Sokongan anda semua akan membakar dan menyemarakkan semangat pemain,” katanya yang turut menganggotai Jawatankuasa Futsal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Malam ini Malaysia yang akan membuka tirai saingan Kumpulan G menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sebelum berdepan Bangladesh (Isnin) dan menutup aksi bertemu gergasi Asia, Iran (Rabu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN