fbpx
ISAK turun membuat debut dalam kesebelasan utama Liverpool ketika menentang Atletico kelmarin. - AFP

EPL: Isak belum sedia 90 minit penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot menegaskan penyerang baharu, Alexander Isak masih belum bersedia beraksi 90 minit penuh menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di Anfield malam ini.

Isak melakukan penampilan sulung ketika Liverpool menewaskan Atletico Madrid 3-2 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kelmarin.

Slot bagaimanapun mengakui belum mahu mengambil risiko terhadap bintang Sweden itu yang baru menjalani beberapa sesi latihan bersama pasukan.

“Dalam minit yang dia bermain, dia nampak cukup cergas. Dia boleh menyesuaikan diri dengan baik walaupun baru satu, dua minggu bersama kami.

“Tapi bukan 90 minit untuk perlawanan ini (menentang Everton) walaupun kami gembira dia sudah boleh bermula,” kata Slot.

The Reds turun dengan keyakinan tinggi selepas memenangi semua empat aksi awal liga musim ini, selain tiga daripada kemenangan itu hadir pada masa kecederaan, termasuk penalti Mohamed Salah ketika menewaskan Burnley minggu lalu.

Gol lewat Virgil van Dijk menentang Atletico turut menjadi jaringan ke-12 buat Liverpool musim ini dengan lima daripadanya hadir dalam tempoh 10 minit terakhir perlawanan.

Everton tidak kurang hebatnya apabila mencatat enam kemenangan dalam 11 aksi terakhir EPL di bawah bimbingan David Moyes, termasuk rekod cemerlang tahun 2025 menyaksikan mereka menang enam kali di tempat lawan.

Keputusan seri tanpa jaringan menentang Aston Villa minggu lalu dijangka memberi cabaran getir di Anfield iaitu lokasi Everton pernah menang 2-0 pada 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI