fbpx
SESKO memerlukan sokongan yang lebih daripada rakan sepasukan untuk dia meraih peluang meledak gol pertama bersama United. - AFP

EPL: Amorim perlu ubah tiga perkara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim memulakan tiga aksi getir yang perlu diharungi untuk menyelamatkan kariernya di Old Trafford bermula aksi menentang Chelsea tengah malam ini.

Selepas sekadar meraih satu kemenangan dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris, Amorim tidak mempunyai pilihan kecuali menewaskan Chelsea di hadapan penyokong sendiri untuk memulihkan reputasinya.

Empat mata yang diraih daripada empat perlawanan termasuk tewas pada aksi derbi menentang Manchester City mengesahkan bahawa United mengharungi aksi pembukaan kempen paling buruk sejak 1992/92.

Ekoran prestasi buruk berkenaan, Amorim disaran untuk membuat sekurang-kurangnya tiga perubahan dalam kesebelasan utamanya untuk berdepan skuad kendalian Enzo Maresca yang turut dibarisi bekas pemain mereka, Alejandro Garnacho.

Banyak pihak berpendapat bahawa Amorim tidak lagi boleh ‘memeram’ khidmat penjaga gol baharu, Senne Lammens dan perlu menurunkannya bagi menggantikan Altay Bayindir yang terus gagal mempamerkan aksi meyakinkan.

Pengendali dari Portugal itu juga perlu merombak benteng pertahanan dengan kembali menyenaraikan Harry Maguire menggantikan Matthijs De Ligt yang dilihat mampu mengemudi posisi berkenaan yang dilihat hilang punca ketika tewas kepada City sebelum ini.

United juga perlu menyingkirkan Luke Shaw daripada kesebelasan utama selepas dia mempamerkan aksi buruk, tidak konsisten dan mudah hilang fokus menyebabkan kawasan pertahanan kiri mudah ditembusi.

Para pemerhati juga berpendapat bahawa Amorim perlu kembali menyenaraikan Kobbie Mainoo dan Casemiro untuk bergandingan bersama Bruno Fernandes yang memainkan peranan utama di posisi berkenaan.

Amorim juga perlu mengarahkan para pemainnya untuk lebih kerap menghantar bola kepada penggempur utama, Benjamin Sesko untuk dia memiliki peluang lebih banyak menghasilkan jaringan.

Sesko yang turun dalam kesebelasan utama ketika menentang City terdesak untuk meledak gol pertamanya bersama United dan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri menjadi peluang terbaik untuk dia membuktikan nilai perpindahannya berbaloi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI