fbpx
Gambar hiasan.

Berminggu tak jawab telefon, wanita ditemukan tidak bernyawa di bilik mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 27 tahun ditemukan maut di bilik mandi sebuah kondominium di Bandar Baru Sri Petaling di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pemilik rumah yang curiga selepas tidak dapat menghubungi penyewa sejak beberapa minggu lalu selain terhidu bau busuk dari kediaman itu.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai tinggal bersendirian sejak awal tahun ini dengan sewa sebanyak RM2,500 sebulan.

“Pemeriksaan mendapati pintu kediaman berkunci dari dalam. Kita terpaksa memecahkan pintu dengan bantuan tukang kunci.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam bilik mandi dan keadaan mayat sudah mula mereput,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kali terakhir pemilik rumah berhubung dengan wanita itu pada 4 September lalu berhubung tunggakan sewa.

Katanya, semakan mendapati barangan peribadi seperti telefon bimbit dan dompet mangsa berada di lokasi kejadian.

“Anggota forensik mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes kematian mangsa.

“Bedah siasat dijalankan hari ini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengenal pasti punca kematiannya,” katanya- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN