fbpx
Gambar hiasan

Bayi lelaki maut tertindih badan ibu ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut selepas dipercayai tertindih badan ibunya ketika tidur dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua, Kota Setia, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian melibatkan bayi Indonesia itu diterima pada pukul 8.45 pagi.

Katanya, bayi malang itu disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung. Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat.

“Punca kematian mangsa adalah disebabkan otak membengkak dan paru-paru sembab akibat ditindih dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001. Seorang wanita Indonesia berusia 35 tahun ditahan untuk siasatan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati bayi tersebut lemas akibat tertindih badan ibunya ketika tidur pada pukul 5.30 pagi hari yang sama.

Kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan polis menerima arahan untuk menuduh suspek pada Isnin depan.

“Wanita itu direman selama tiga hari dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Parit di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN