fbpx
Tangkap layar video seekor harimau di satu safari di Melaka dengan muka monyok.

[VIDEO] ‘Semua muka awam saja, bosan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seekor harimau yang sedang berendam di dalam air sambil mimik muka haiwan itu kelihatan monyok, mengundang gelak ketawa dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi video dikongsikan oleh pengguna TikTok Nabiehanasa, harimau tersebut ditempatkan dalam satu safari di Melaka dengan wajah monyok haiwan itu.

“Dah trak duk ulang-alik berkali-kali, mana mahunya nak ada ‘mood’,” menurut kapsyen ditulis oleh Nabiehanasa.

Video tersebut turut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial apabila mereka turut meninggalkan komen berjenaka.

“Semua muka awam saja ya, bosan,” kata pengguna TikTok Msy mengandaikan kata-kata dari harimau.

“Dia tahu tu esok pagi sistem dia akan tergendala,” komen Asmadyana.

“Muka macam dah bosan tengok muka orang saja,” kata Aina. – KOSMO! ONLINE

@nabiehanasa Dah truck duk ulang alik berkali-kali.. mana mauuu nyaa nak ada mood.. #safarimelakawonderland ♬ Funny – Gold-Tiger

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI