fbpx
layar video pergaduhan ketika pertunjukkan wayang Hokkien dan kugiran sembahyang 'bulan tujuh' berlaku di Padang Awam Li Chi, Kampung Abdullah, Segamat, Rabu lalu.

[VIDEO] Gaduh kerusi ‘terbang’ ketika pertunjukan wayang Hokkien

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seramai 10 individu ditahan bagi membantu siasatan insiden pergaduhan sewaktu pertunjukan wayang Hokkien dan kugiran untuk sembahyang ‘bulan tujuh’ di Padang Awam Li Chi, Kampung Abdullah, di sini, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Segamat, Deputi Superintendan Ng Swee Chait berkata, pihak polis mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial semalam memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu yang berlaku pada pukul 11.58 malam.

“Pihak polis telah menerima satu laporan berkaitan kejadian tersebut dan tangkapan telah dilakukan ke atas 10 orang suspek yang terlibat berumur lingkungan 14 tahun hingga 56 tahun pada hari yang sama.

“Soal siasat lanjut ke atas tangkapan mengaku terlibat dalam pergaduhan tersebut semasa pertunjukkan wayang Hokkien dan kugiran untuk sembahyang ‘bulan tujuh’,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Swee Chait berkata, permit lesen pertunjukkan wayang Hokkien dan kugiran untuk sembahyang ‘bulan tujuh’ di Kampung Abdullah itu dibatalkan serta-merta oleh Pejabat Daerah Segamat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya, boleh dihukum dengan penjara selama tiga ahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan.

Sementara itu, kes juga disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan memiliki senjata-senjata maut dalam rusuhan boleh dihukum penjara selama tempoh lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN