fbpx
Gambar kapal-kapal GSF ketika sedang dalam pelayaran menuju ke Gaza. Foto ZRA STRIM

[VIDEO] 10 hari lagi pelayaran flotila dijangka sampai ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka sampai ke Gaza dalam masa 10 hari lagi setelah berlayar dari Portopolo, Sicily, Itali menuju ke perairan Mediterranean.

Menurut video dimuat naik sukarelawan Malaysia, ZRA Strim atau nama sebenarnya Zainal Rashid Ahmad di Facebook, sebanyak 38 kapal dari seluruh dunia kini sedang belayar bagi memecah kepungan Gaza.

Daripada jumlah itu, ZRA Strim berkata 17 kapal berlepas dari Itali manakala 21 lagi kapal memulakan perjalanan dari Tunisia dan Sepanyol.

Keseluruhannya, beliau berkata sekitar 450 sukarelawan dari lebih 40 negara mengambil bahagian dalam pelayaran bersejarah itu.

“Apabila video ini dimuat naik bermakna pelayaran ke Gaza telah pun bermula. Kita muat naik awal sebab apabila pelayaran bermula sedikit sukar untuk muat naik.

“Pelayaran ke Gaza mengambil masa 10 hari termasuk lima hari ke Greece bagi menyambut rakan-rakan lain di sana untuk turut serta dalam misi ini,” katanya.

Misi flotila kali ini membawa muatan bantuan kemanusiaan termasuk makanan, bekalan perubatan serta pasukan perisai manusia yang berperanan sebagai benteng solidariti buat rakyat Palestin yang terus berdepan kepungan dan serangan berpanjangan.

Tambah ZRA Strim, ketika pelayaran bermula, Gaza sedang melalui bulan serangan paling dahsyat selepas 714 hari penindasan.

“Sumud Nusantara Flotilla yang diketuai Malaysia membawa suara kemanusiaan dari benua Asia.Doakan semua usaha ini berjaya dengan izin Allah.

“Sudah habis air mata; yang kekal ada dan takkan pernah mati ialah tekad dan usaha,” katanya.

Misi kemanusian GSF memulakan pelayaran dari pelabuhan Barcelona, pada 31 Ogos dengan usaha untuk memecahkan kepungan haram di Gaza.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN