fbpx
TUNKU Mahkota Ismail melebarkan sayap ke Eropah apabila bakal memuktamadkan perjanjian pemilikan bersama kelab dari Bosnia.

Tunku Mahkota Ismail mula teroka Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bakal meluaskan pengaruh ke arena bola sepak Eropah selepas dilaporkan menjadi salah satu pelabur kelab Liga Bosnia, FK Sarajevo.

Laporan daripada laman SportSport mendedahkan Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di dalam proses akhir sebelum sah menjadi pemilik bersama kelab terbabit.

“Tunku Mahkota Ismail sekian lama mengimpikan peluang untuk melebarkan sayap ke pentas bola sepak Eropah dan kini sedang dalam proses memuktamadkan pengambilalihan struktur pemilikan di FK Sarajevo,” lapor portal SportSport.

Berita tersebut disambut baik oleh peminat bola sepak negara Bosnia-Herzegovina kerana melihat Tunku Mahkota Ismail memiliki nilai kepimpinan yang tinggi selepas melihat kejayaan JDT menjadi salah satu kelab terbaik di rantau Asia.

Ini bukanlah kali pertama Tunku Mahkota Ismail dikaitkan untuk membeli kelab Eropah selepas menyatakan hasrat secara terbuka untuk membeli saham kelab La Liga, Valencia CF, pada empat tahun lalu.

Bagaimanapun, proses ‘jual beli’ tersebut tidak menjadi kenyataan walaupun Tunku Mahkota Ismail memiliki hubungan yang rapat dengan pemilik kelab, Peter Lim yang juga ahli perniagaan terkenal Singapura.

Buat masa ini, FK Sarajevo dimiliki secara bersama oleh ahli perniagaan dari Malaysia, Vincent Tan dan tokoh kelahiran Bosnia-Herzegovina, Ismir Mirvic.

Berdasarkan statistik laman transfermarket.com, FK Sarajevo yang dikendalikan oleh Husref Musemic memiliki nilai pasukan pasukan sebanyak €12.63 juta (RM62.59 juta).

Juara Liga Bosnia empat kali itu sebelum ini cukup dekat dengan Malaysia apabila pernah memberi peluang buat tiga pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) untuk menjalani latihan intensif pada Julai lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI