fbpx
Akaun TikTok palsu yang dikesan memanipulasi gambar Tengku Permaisuri Norashikin.

TikTok palsu guna AI tiru gambar Tengku Permaisuri Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebuah akaun palsu aplikasi TikTok dikesan telah menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, hari ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office, Pejabat Sultan Selangor telah dimaklumkan kewujudan akaun tersebut yang telah memanipulasi dan menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Norashikin menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Satu laporan polis telah pun dibuat ke atas akaun berkenaan yang turut dilihat menyalahgunakan gambar individu dan tokoh lain untuk tujuan menipu pengguna-pengguna di media sosial,” katanya, hari ini.

Justeru Pejabat Sultan Selangor, menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati dengan kewujudan akaun-akaun palsu seumpamanya di semua laman media sosial.

“Selain itu, sentiasa peka dalam memastikan kesahihan informasi sebelum dikhuatiri terpengaruh dengan tipu daya ‘scammers’ .

“Laporkan segera kepada pengendali aplikasi berkenaan sekiranya terdapat akaun-akaun yang mencurigakan,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

“Ya ada. Pihak Istana Selangor sedang membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI