fbpx
Tang Jie (tengah) diraikan oleh warga SJKC Pekan Pedas, di sini, baru-baru ini. - Foto MEDIA SOSIAL

Tang Jie handal sejak di bangku sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Siapa sangka, bakat sukan badminton pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie rupa-rupanya berjaya dicungkil serta digilap di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pekan Pedas di sini, sejak beliau di tahun lima.

Wakil guru sekolah berkenaan menyatakan, pemain badminton yang berjaya mengharumkan nama negara ini merupakan pelajar SJKC Pekan Pedas sejak di tahun satu lagi iaitu pada tahun 2004.

Menurutnya, ketika di tahun lima, Tang Jie merupakan seorang murid yang baik serta bersopan santun sudah mula mewakili sekolah ke peringkat daerah dan negeri dalam sukan badminton berkenaan.

“Jadi, bila beliau sudah berjaya mencatat sejarah manis buat negara, kami di peringkat sekolah serta berkaitan telah meraikannya dalam majlis pada 12 September lalu. Tidak sangka pula menjadi tular.

“Malah, sambutan ini juga sebagai satu platform buat Tang Jie berkongsikan pencapaian serta kegembiraannya dalam menyertai pertandingan berprestij tersebut,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, seluruh warga sekolah berharap agar Tang Jie dapat menjadi tauladan dan inspirasi kepada murid sekolah berkenaan.

Terdahulu, Tang Jie dan Ee Wei mencipta sejarah apabila muncul juara dunia selepas menewaskan beregu dari China dalam aksi mendebarkan di final Kejohanan Dunia BWF di Paris, Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN