fbpx
PASUKAN Israel menutup jalan menuju ke Jambatan Raja Hussein (Allenby) yang merupakan lintasan sempadan utama menuju Tebing Barat semalam. – AFP 

Pemandu lori tembak askar Israel 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEBING BARAT – Seorang pemandu lori Jordan menembak mati dua askar Israel di lintasan sempadan utama antara  wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel dan Jordan, kata kementerian luar dan tentera Israel.

“Hari ini (semalam), seorang warga Jordan yang sepatutnya memandu lori bantuan kemanusiaan ke Gaza, membunuh dua warga Israel di lintasan sempadan Allenby,”  kata kementerian itu di laman X.

Tentera Israel berkata, salah seorang lelaki yang mati adalah pegawai unit simpanan, manakala seorang lagi anggota  tentera.

Terdahulu, tentera Israel menyatakan bahawa pasukan keselamatan ‘meneutralkan’ penyerang yang  bersenjatakan pistol dan pisau.

Kedua-dua askar yang masing-masing  berusia 20 dan 60 tahun itu cedera dalam serangan di lintasan Allenby dan menerima rawatan awal di tempat kejadian sebelum disahkan meninggal dunia, kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Jordan mengutuk serangan itu kerana membahayakan ‘keupayaannya untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza’  di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan kebuluran pada bulan lalu.

Susulan kejadian itu, tentera Israel mendesak Tel Aviv menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan dari Jordan ke Gaza.

Pada September 2024, seorang pemandu lori Jordan menembak mati tiga askar Israel di lintasan itu sebelum dia terbunuh. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN