MADRID – Beberapa pekerja sebuah lapangan terbang di Mexico menerima kecaman orang ramai apabila dirakam membaling dan mencampakkan bagasi penumpang dari atas pesawat, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid-Barajas pada 7 September lalu.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pablovs7_ menunjukkan seorang lelaki melempar bagasi kepada rakannya yang berdiri di pintu belakang sebuah pesawat Qatar Airways.
Dia kemudian membaling beg-beg tersebut ke landasan.
Klip video itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.
“Adakah ini perkhidmatan yang kami terima selepas bayar untuk bagasi berdaftar?” kata seorang netizen.
“Mereka perlu dipecat!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI