fbpx
Gambar hiasan

Pastikan cip Mykad berfungsi untuk menikmati subsidi RON95 – KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa dan menggantikan segera cip kad pengenalan (MyKad) yang rosak bagi membolehkan mereka menikmati subsidi bersasar RON95 yang akan dilaksanakan kerajaan hujung bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan itu penting memandangkan pelaksanaan subsidi itu memerlukan pengesahan identiti menggunakan MyKad ketika proses mengisi minyak di stesen.

Jelas beliau, sekiranya cip rosak atau tidak boleh dibaca, orang ramai boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara.

“Insya-Allah, siap hari yang sama. Mudah dan cepat! Jangan tunggu saat akhir buat semakan awal supaya rakan-rakan dapat manfaatkan subsidi petrol khas untuk rakyat Malaysia ini.

“Kerajaan Madani terus komited untuk bantu rakyat, jaga kebajikan semua golongan dan makmurkan ekonomi negara dengan penuh integriti dan tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, pelaksaaan subsidi RON95 itu membuktikan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan janji yang pernah disuarakan kepada rakyat.

“Walaupun ambil masa sikit, tapi Alhamdulillah beliau tetap tunaikan janji sebab insya-Allah beliau seorang yang berpegang pada kata-kata.

“A man of his words. Setiap janji yang dibuat akan dilaksanakan untuk rakyat Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN