NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Karnataka, India mengundang perhatian orang ramai selepas mendedahkan bahawa dia hanya minum minyak enjin selama 33 tahun, lapor portal berita Money Control.
Dia digelar ‘Kumar Minyak’ kerana minum 7 hingga 8 liter minyak enjin setiap hari bersama beberapa cawan teh.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @avalakki_pavalakki menunjukkan Kumar sedang duduk sambil menikmati bahan api itu yang diletakkan di dalam botol mineral.
Meskipun amalan itu dilakukan selama beberapa tahun, dia tidak pernah dimasukkan ke hospital atau mengalami sebarang masalah kesihatan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 3.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Minyak jenama apa?” kata seorang netizen.
“Tipu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI