fbpx
Mohd. Khalid (kanan) merasmikan Program Takaful Mypolispa selepas Perhimpunan Pegawai Awam PDRM ke-17, Sempena Peringatan Hari Polis ke-218 di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.

Laporan lengkap kematian Syamsul Haris diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Laporan lengkap berhubung kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat untuk prosiding inkues.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan laporan itu kerana siasatan tersebut melibatkan pelbagai pihak dan agensi.

“Proses siasatan ketika ini sedang berjalan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat satu tindakan yang lebih baik yang akan menjadi lebih sempurna.

“Banyak perkara yang perlu kita siasat. Insya-Allah kita dapat laksanakan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM ke-17, Sempena Peringatan Hari Polis ke-218 di sebuah hotel di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, keperluan inkues berkait kes kematian Allahyarham Syamsul Haris hanya akan diputuskan selepas AGC menerima laporan lengkap siasatan polis.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar, berkata, pihaknya belum menerima laporan itu daripada polis yang difahamkan masih lagi menunggu laporan penuh bedah siasat kedua daripada pihak hospital.

Menurut beliau, pihaknya difahamkan, PDRM akan melengkapkan siasatan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN