fbpx
Ismail menunjukkan sebahagian peranti vape yang disita kastam pada sidang akhbar di Padang Besar, hari ini.

Kastam sita lebih setengah juta peranti vape bernilai RM12.39 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup lebih 517,000 unit peranti vape bernilai RM12.39 juta yang diimport dari China dan dipercayai akan dipasarkan ke Thailand.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, serbuan pada 12 Ogos lalu dilakukan sepasukan pegawai dari Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar di sebuah gudang di Jalan Kolam, Kampung Kolam di sini.

“Kes ini adalah yang ketiga melibatkan cubaan penyeludupan peranti vape ke Thailand sepanjang tahun ini dan ia berjaya dipatahkan hasil risikan selama beberapa bulan.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua peranti vape itu tidak mempunyai dokumen pengimportan serta bukti pembayaran cukai yang sah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Ismail, pihaknya percaya gudang tersebut digunakan oleh sebuah syarikat dari Thailand untuk menumpang barangan sebelum diseludup masuk ke negara itu.

“Kita sedia maklum, Thailand melarang penjualan vape, justeru wujud permintaan tinggi di pasaran gelap sehingga mendorong sindiket menyeludupnya melalui sempadan Malaysia-Thailand.

“Kita juga syak modus operandi mereka adalah dengan menyimpan dagangan di dalam gudang tanpa dokumen pengimportan dan bukti pembayaran yang sah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN