fbpx
Insiden kekecohan yang berlaku di Kampung Sungai Baru baru-baru ini. Foto IHSAN IPK KL

Isu Kampung Sungai Baru: 67 dirakam keterangan, cadang tuduh 8 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 67 individu direkodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang turut mencederakan Ketua Polis Daerah (KPD) Dang Wangi di Kampung Sungai Baru, di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, mereka terdiri daripada 52 warga polis termasuk KPD, tiga pegawai Mahkamah Kuala Lumpur, dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan dua pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, turut dirakam keterangan ialah peguam KL City Developer, wakil penduduk Kampung Sungai Baru, pengarah Syarikat KL City Gateway Sdn. Bhd., empat orang awam (pengadu) dan seorang wanita tempatan yang menjaga salah seorang tangkapan.

“Polis turut membuat dua tangkapan baharu melibatkan lelaki tempatan menjadikan jumlah keseluruhan seramai lapan orang.

“Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman tamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Rabu lalu sebelum dikembalikan semula dengan beberapa arahan lanjut.

“Kertas siasatan akan dirujuk semula kepada TPR hari ini dengan cadangan pertuduhan terhadap semua individu yang ditahan,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di bahagian kepala akibat rempuhan halangan polis oleh sekumpulan individu di kawasan operasi terbabit.

Susulan daripada kejadian itu, polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebelum ini mendapat tentangan sebahagian penduduk walaupun majoriti sudah menerima tawaran pampasan dan berpindah keluar lebih awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN