fbpx
JET Israel menyerang kampung Kfar Tibnit semalam. - Foto AFP

Israel bertubi-tubi serang selatan Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Tentera Israel melancarkan beberapa siri serangan udara menyasarkan kawasan di selatan dan utara Sungai Litani di Lubnan, lapor laman berita Arab News.

Ia berlaku selepas Rejim Zionis mengeluarkan amaran mengarahkan penduduk menjauhi enam lokasi yang telah ditetapkan di negara itu.

Taktik itu menyerupai pendekatan yang digunakan semasa perang Israel terhadap Hezbollah pada Oktober 2023 dan berakhir dengan perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 27 November 2024.

Serangan udara itu mengenai kawasan sekitar bandar Dibbin dan tiga lokasi di Mays Al-Jabal, dengan laporan awal menunjukkan seorang warga Syria cedera. 

Sebuah rumah di Kfar Tibnit turut menjadi sasaran.

Gelombang kedua serangan menyasarkan kawasan di daerah Tyre, khususnya Burj Qalaya dan Al-Shahabiya.

“Waktu serangan itu amat ketara kerana ia bertepatan dengan persiapan Hezbollah untuk memperingati ulang tahun pertama pembunuhan dua pemimpinnya, Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine. 

“Ini adalah percubaan untuk mengingatkan parti itu bahawa Israel terus memburunya,” kata sumber keselamatan Lubnan kepada Arab News.

Sumber sama menjangkakan serangan Israel akan meningkat sehingga ulang tahun pertama kematian Nasrallah pada 27 September ini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN