fbpx
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan tangan lelaki yang tersepit mesin pengisar dalam kejadian di Chemor, Ipoh hari ini.

Cemas tangan tersepit mesin pengisar daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar daging di sebuah premis di Jalan Silang 3, Chemor, di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, maklumat kejadian diterima pada pukul 8.17 malam.

“Setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, didapati tangan mangsa masih tersepit di dalam mesin tersebut dan mangsa dalam keadaan sedar.

“Ketua operasi kemudian meminta bantuan pasukan perubatan memberi bius pada tangan lelaki terbabit kerana mangsa mengalami kesakitan ketika proses menyelamat dijalankan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, operasi menyelamat dijalankan dengan membuka skru bagi mengasingkan bahagian asas mesin sebelum gear pengisar diputar berlawanan arah sehingga tangan mangsa berjaya dikeluarkan sepenuhnya.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan dan dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk rawatan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.50 malam,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN