PETALING JAYA – Tular di media sosial memaparkan orang ramai beratur panjang di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota bagi mendapatkan iPhone 17 yang mula dijual di Malaysia hari ini.
Menerusi beberapa video dimuat naik di TikTok, difahamkan seorang individu yang merupakan pelajar sanggup beratur seawal pukul 3 pagi demi menjadi orang pertama mendapatkan gadjet tersebut.
Pelajar berusia 19 tahun tersebut difahamkan merupakan pelajar Malaysia telah membuat tempahan awal sejak minggu lepas.
“Saya Danial, saya sampai di sini (pusat membeli-belah seawal pukul 12 tengah malam untuk dapatkan iPhone 17 Pro Max,” katanya.
Difahamkan bagi orang kedua beratur bagi pembelian secara langsung di kedai terbabit merupakan warga Bangladesh yang telah beratur seawal pukul 4 pagi.
Turut kelihatan ialah abang kepada ahli politik, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah turut beratur untuk mendapatkan telefon berkenaan.
Kelihatan kedai tersebut yang beroperasi pada pukul 8 pagi juga melakukan ‘count down’ bagi meraikan para pelanggan yang sanggup bermalam di hadapan kedai.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai memuji kesungguhan para pelanggan yang ingin mendapatkan gadjet terbabit.
“Inilah yang dikatakan ‘Apple Fan Boy’ siapa yang peminat sahaja yang tahu, sekadar nak rasa teknologi tu lepas tu jual lah balik,” komen Zaibi.
“Gigih beratur dari pukul 3 pagi disaat orang lain lena diulit mimpi. Terbaiklah korang,” komen Ahmad.
“Biasalah bila dah pakai satu telefon terlalu lama, mestilah nak tukar angin pula,” komen Siti. – KOSMO! ONLINE