fbpx
MOURINHO

Benfica bukan pilihan pertama Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Jose Mourinho mendedahkan beliau tidak pernah terlintas untuk menyertai SL Benfica kerana menyimpan impian untuk pulang ke Portugal sebagai ketua jurulatih negara itu.

Begitupun, pengendali berusia 62 tahun itu tidak berfikir panjang apabila ditawarkan peluang untuk mengendalikan Benfica selepas empat minggu dipecat oleh gergasi Turkiye, Fenerbahce.

Mourinho dilantik menggantikan Bruno Lage yang dipecat Benfica selepas kekalahan mengejut 2-3 jaguh Portugal itu di laman sendiri kepada Qarabag dari Azerbaijan dalam aksi pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Estadio da Luz kelmarin.

“Sebelum saya menaiki pesawat, mereka (Benfica) bertanya adakah saya berminat (jawatan ketua jurulatih)? Saya kembali ke Benfica selepas 25 tahun.

“Saya meninggalkan kelab terdahulu (Fenerbahce) empat minggu lepas. Saya bukan seorang yang akan menunggu sehingga hujung musim tanpa melakukan apa-apa, ia bukan sifat saya. Sebab itu saya mahu menyertai.

“Saya tidak akan memilih kelab yang tidak sesuai kerana saya suka bekerja. Apabila mendapat peluang untuk bekerja dengan kelab seperti Benfica, saya tidak berfikir dua kali,” katanya.

Sebagai rekod, Mourinho memulakan karier kejurulatihannya bersama Benfica pada 2000 tetapi cuma bertahan selama sembilan perlawanan liga selepas tidak sehaluan dengan presiden kelab ketika itu, Manuel Vilarinho.

Selepas itu, segala-galanya berubah sehingga menyaksikan Mourinho diangkat sebagai salah seorang jurulatih terbaik dunia dan bakal membuat debut bersama Benfica menentang AVS Futebol SAD untuk aksi liga pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN