fbpx
Anwar berhubung dengan PM Kemboja hari ini berkenaan isu sempadan. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Anwar seru PM Kemboja selesaikan isu sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung situasi di sempadan Thailand-Kemboja.

Dalam satu ciapan di akaun media sosialnya, Anwar menegaskan bahawa sebarang isu yang belum selesai perlu diselesaikan melalui meja rundingan.

“Saya menyeru agar segala isu yang masih belum selesai dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC),” katanya.

Menurut beliau, Malaysia percaya semangat dialog, diplomasi dan persefahaman antara negara-negara ASEAN merupakan jalan terbaik dalam menyelesaikan sebarang bentuk pertikaian.

Media sebelum ini melaporkan, Hun Manet menuduh Thailand menghalang lebih 20 keluarga daripada pulang ke rumah mereka di sempadan yang menjadi pertikaian.

Tentera Thailand didakwa melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan Kemboja semasa pertikaian di perkampungan sempadan yang dipertikaikan.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu bersetuju terhadap gencatan senjata pada akhir Julai lalu selepas lima hari pertempuran yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang di kedua-dua belah pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN