fbpx
MBAPPE meledak dua gol menerusi sepakan penalti ketika Real berjaya menewaskan Marseille awal pagi semalam. - AFP

UCL: Tuah penalti bantu Real menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Xabi Alonso melaungkan amaran buat pasukan untuk tampil lebih berdisiplin meskipun berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas Olympique Marseille dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Galacticos tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata berharga di laman sendiri hasil dua sepakan penalti yang berjaya disudahkan oleh Kylian Mbappe.

Namun, apa yang merisaukan Alonso adalah layangan kad merah yang diberikan kepada Dani Carvajal pada babak kedua sekali gus mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Dean Huijsen dalam aksi La Liga, minggu lalu.

“Saya rasa barisan pemain perlu tampil lebih berdisiplin kerana kita tidak boleh beraksi dengan 10 pemain pada semua perlawanan.

“Terjahan yang mereka lakukan sepatutnya boleh dielak tetapi inilah hakikat yang perlu kita terima apabila selepas membuat keputusan untuk melayangkan kad merah,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan, Alonso mengakui gembira pasukan berjaya meraih tiga mata penting untuk memulakan kempen UCL dengan langkah kanan walaupun prestasi pasukan tidak begitu dominan.

“Saya rasa prestasi pasukan pada babak pertama sangat hebat dan kita sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol. Babak kedua agak berbeza apabila kita terpaksa bertahan dan menunjukkan karakter untuk menang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN