fbpx
MARTINELLI meledak gol pertama Arsenal sebelum melakukan umpanan jaringan yang disudahkan oleh Trossard pada aksi awal pagi semalam. - AFP

UCL: Arsenal lolos aksi pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BILBAO – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji impak dua pemain simpanan, Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard yang muncul wira untuk membantu pasukan menang 2-0 ke atas Athletic Bilbao dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Gunners dilihat buntu untuk memecahkan tembok Bilbao sebelum Arteta membuat keputusan untuk memasukkan Martenelli pada minit ke-71.

Pemain antarabangsa Brazil itu hanya memerlukan seminit untuk menjaringkan gol sebelum melakukan umpanan tepat kepada Trossard yang mengesahkan kemenangan dengan jaringan kedua pada penghujung saingan.

Menurut Arteta, impak yang dipamerkan oleh Martinelli dan Trossard membuktikan bahawa semua pemain dalam pasukannya cukup penting tidak kira di bangku simpanan atau kesebelasan utama.

“Saya tekankan kepada mereka bahawa kita perlukan semua pemain dan kali ini, giliran Martinelli dan Trossard telah menjadi watak penting untuk mengesahkan kemenangan pasukan.

“Saya puas hati dengan sumbangan mereka berdua kerana berjaya menyudahkan peluang terhidang sebaik mungkin untuk membantu pasukan melakar kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Arteta turut gembira apabila dua pemain baharu, Christian Norgaard dan Piero Hincapie telah membuat debut pertama sejak berhijrah ke Arsenal pada jendela perpindahan lepas.

“Kehadiran Hincapie dan Norgaard telah menguatkan lagi pasukan kami pada saingan musim ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN