fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu cuba membuka pintu dan mematahkan cermin sisi kereta di Cirebon kelmarin. - TikTok

Pura-pura dilanggar, selepas itu minta wang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Cirebon, wilayah Jawa Barat mengundang kecaman orang ramai selepas berpura-pura dilanggar demi mendapatkan wang, lapor laman berita Detik. 

Kejadian berlaku di Jalan Kesambi kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ayoindonesiacom menunjukkan lelaki terbabit mengetuk tingkap dan cuba membuka pintu kereta secara berulang kali. 

Perakam bertambah cemas apabila dia cuba mematahkan cermin sisi kereta. 

Ketua Polis Kota Cirebon, Asisten Komisioner Kanan Eko Iskandar berkata, pelaku yang dikenali sebagai TM, 35, ditetapkan sebagai suspek dalam kes peras ugut yang melibatkan keganasan.

Klip video itu mencatatkan lebih 2.5 juta dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Zaman sekarang setiap kereta kena pasang ‘dashcam’,” kata seorang netizen. 

“Muka pelaku itu jelas dalam video, sepatutnya sudah ditangkap,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN