fbpx
Keadaan banjir di pekan Donggongon, Penampang. - Foto MEDIA SOSIAL

PM ke Sabah esok tinjau keadaan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Sabah esok bagi meninjau keadaan banjir di negeri itu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita di ibu negara hari ini.

“Saya akan ke Sabah esok,” katanya ringkas selepas merasmikan Majlis Pembukaan Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN ke-46 (AIPA GA) 2025 di sini hari ini.

Setakat pukul 11 pagi ini, seramai 3,134 penduduk daripada 916 keluarga di Sabah dilaporkan terjejas akibat banjir.

Jumlah mangsa meningkat berbanding 2,919 orang daripada 814 keluarga semalam.

Mangsa ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort, Membakut, Penampang, Papar, Putatan dan Sipitang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI