fbpx
Gambar hiasan.

Malaysia mohon kuota haji tambahan tahun depan– Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi bagi memohon kuota tambahan jemaah haji untuk musim 1447 Hijrah tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, setakat ini kuota haji Malaysia masih kekal seramai 31,600 orang.

“Untuk kuota, kita masih kekal 31,600 (jemaah). Saya sudah hantar surat rasmi kepada Menteri Haji Arab Saudi, Taufiq Fauzan Rabbi untuk memohon tambahan.

“Tetapi setakat hari ini, jumlah masih sama,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim 1446H dan Penghargaan Sahabat Korporat 2025 di Menara TH Tun Razak di sini, hari ini.

Beliau berkata, tumpuan Tabung Haji (TH) pada masa akan datang adalah aspek pendigitalan termasuk urusan pasport bagi memastikan proses lebih lancar dan menjimatkan masa.

“Kita yakin, dengan kerjasama erat bersama kerajaan Arab Saudi dan inovasi baharu yang diperkenalkan, urusan haji akan terus dipermudah pada tahun 2026,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI