fbpx
Anggota polis membawa Mohd. Fariz untuk didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Lelaki pakai kostum kartun mengaku ‘sentuh’ budak di Pantai Irama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Pantai Irama, Bachok dekat sini minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Fariz Ibrahim, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perkara terkutuk tersebut terhadap mangsa berusia enam tahun empat bulan di taman permainan Pantai Irama, Bachok pada pukul 6.20 petang, 11 September lalu.

Sabit kesalahan, Mohd. Fariz boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan itu serius melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 23 Oktober ini untuk sebutan fakta kes dan hukuman.

Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki yang memakai kostum kartun ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Pantai Irama, Bachok pada 11 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN