PETALING JAYA – Penduduk di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan serta Sabah dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 7 malam ini.
Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dilaporkan melanda Terengganu serta Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan.
Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE