fbpx
Shamsul Azri ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 Tahun 2025 di Movenpick Convention Centre, Sepang, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

‘Belanjawan 2026 mesti ada berita baik’ – KSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberi bayangan Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada bulan depan bakal membawa berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk penjawat awam.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut ketika ditanya mengenai antara inti pati yang terkandung dalam belanjawan tersebut.

“Belanjawan mesti ada berita baik, tapi rahsia tak boleh (beritahu). Yakin memang ada berita baik untuk penjawat awam (dan) rakyat Malaysia.

“Kerajaan Madani adalah kerajaan yang baik dan prihatin kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 Tahun 2025 di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan akan membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 10 Oktober depan.

Belanjawan 2026 akan terus menelusuri tiga tonggak Ekonomi Madani iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu pembaharuan, terutamanya tatakelola yang baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI